Thursday, December 4, 2008

PENAWAR SAKIT KEPALA

PENAWAR SAKIT KEPALA
Ambil enam hingga tujuh batang sawi. Bersihkan satu persatu dan kemudian tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Lumurkan di atas dahi selama 15 hingga 20 minit.

HILANGKAN PARUT DI MUKA
Ambil beberapa tongkol jagung muda dan ditumbuk lumat. Lumur keseluruh mukla yang berparut atau calar. Biarkan kering dan cuci dengan air bersih.

KUBIS SEBAGAI PELEMBAP MUKA.
Tumbuk lumat beberapa kelopak kubis, dapatkan perahan airnya dan tambahkan dengan sesudu madu lebah. Sapukan pada kulit muka untuk menjadikannya bertambah segar. Biarkan kering dan bilas dengan air.

TIPS MEMANJANGKAN USIA PETI SEJUK.


Tips ini mungkin dapat membantu memanjangkan lagi usia peti sejuk di rumah anda.


  • Elakkan peti sejuk daripada berdekatan barangan panas seperti dapur, ketuhar dan sinar terus matahari. Kepanasan dari luar akan mempengaruhi daya kerja mesin peti sejuk berkenaan.

  • Isi sesebuah peti sejuk janganlah berlebihan kerana ini akan memyebabkan penggunaan elektrik yang banyak dan memungkinkah peti sejuk cepat rosak.

  • JANGAN masukkan makanan atau minuman yang masih panas kedalam peti sejuk.

  • Pastikan pintu sentiasa tertutup rapat. Ini untuk membolehkan peti sejuk mengekalkan kelembapan dan suhu.

  • Pastikan suhu yang betul. Lebih sejuk suhu, semakin banyak tenaga elektrik yang digunakan. Gunakan suhu minimun jika kurang barang yang disimpan.

KHASIAT DARI LIMAU NIPIS




Limau nipis (nama botani: Citrus Aurantifolia) adalah buah yang penuh dengan khasiat semulajadi. Selain dari enak jika dibuat miuman, limau nipis juga bagus untuk mengekalkan kelansingan badan dan kesihatan kulit.




UNTUK MEMUTIHKAN DAN MENGHALUSKAN KULIT.
Ambil isi limau nipis dan campurkan dengan bedak sejuk. Lumur di bahagian wajah selama 30 minit.

MENGECILKAN PORI-PORI DAN MENGHILANGKAN LEBIHAN LEMAK PADA WAJAH.
Ambil isi limau nipis, dan lumurkan pada kulit muka, terutama disekitar hidung dan pipi yang pori-porinya kelihatan besar.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR.
Sebelum bersyampu, gosokkan potongan limau nipis pada bahagian yang berkelemumur. Biarkan selama 20 minit, setelah itu barulah cuci rambut. Lakukan 3-4 kali untuk melihat kesannya.

INGIN KELIHATAN RAMPING.
Amalkan meminum perahan air limau nipis dengan campuran air dan sedikit gula pada setiap pagi, petang dan sebelum tidur.

MEMBERSIHKAN KUKU DAN JARI.
Hirisan limau atau perahan airnya di gosokkan pada bahagian kuku, atau bahagian lain yang ada kotoran, sebelum dicuci dengan sabun biasa.

Tuesday, December 2, 2008

MASALAH BAU BADAN


MASALAH BAU BADAN
Tawas dapat membantu mengeluarkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas. Selepas itu gosokkan tangan ke seluruh badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yang tidak licin. Ini boleh mengakibatkan luka.

TANDA HITAM PADA SIKU DAN LUTUT.

Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun tersebut. Gosokkan pada siku dan lutut selama beberapa minit. Amalkan setiap hari.


RAMBUT PANJANG DAN BERMAYA

Potong serai halus-halus dan masukkan ke dalam periuk berisi air dan didihkan di atas api yang kecil. Setelah mendidih biarkan sejuk. Kemudian basuh rambut dengan air tersebut.


HILANGKAN KARAT GIGI




HILANGKAN KARAT GIGI
Merokok boleh menyebabkan karat pada gigi. Cara menghilangkan karat gigi ialah dengan mengambil asam jawa kemudian goreng tanpa minyak lalu di tumbuk halus. Ambil serbuknya dan gosokkan pada gig dengan kain atau berus gigi.

LOBAK MENGHILANGKAN KEDUT.
Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parut. Campurkan sebiji kuning telur dan sesudu besar tepung jagung. Bahan-bahan ini dikacau hingga sebati. Setelah itu, lumurkan pada kulit muda. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Sebelum tidur, cucilah muka dengan air suam.

JINTAN MANIS HAPUSKAN LEMAK.
Ambil sedikit jintan manis, direbus bersama 3 cawan air. Kemudian minum air rebusan ini setiap hari.

PISANG MELANGSINGKAN BADAN.
Bagi anda yang ingin melansingkan badan, amalkan makan sebiji pisang pada wal pagi. Ianya akan mengatur keseimbangan badan, menghilangkan lesu dan baik untuk ibu hamil.

MERAWAT JERAGAT
Ambil beberapa hirisan kulit tembikai dan sapukan pada bahagian muka yang berjeragat. Lakukan setiap hari selama 5 minit.

PETUA KECANTIKAN

MENGHILANGKAN PARUT
Gunakan lendir lidah buaya dan sapukan pada parut sama ada di muka atau di tangan. Sebaik-baiknya sapu selepas mandi. Lakukan selalu, lama-kelamaan parut akan hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.

AGAR MATA LEBIH BERSINAR
Masukkan air ke dalam mata pada setiap kali mandi, agar segala kekotoran dapat dikeluarkan.

UBAT SELSEMA
Selepas mandi atau mengambil air sembahyang, selawat tiga kali dan raup air di muka bermula dari bawah dagu, dibawa ke atas hingga ke leher. Tepuk belakang leher sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan sembuh.

KULIT KAKI LEBIH PUTIH.
Ambil hampas kelapa yang telah digunakan, campurkan dengan garam kasar. Setelah itu gosokkan di bahagian kaki lebih kurang 3 minit, barulah di cuci. Lakukan 3 kali sehari. Anda akan dapat lihat hasilnya dalam 3-4 hari.

Monday, December 1, 2008

PETUA KECANTIKAN

Memutihkan wajah.
Ambil setengah cawan susu tepung dan campurkan dengan dua setengah sudu the air bersih. Gaul sehingga sebati. Pupurkan di muka selama 5 hingga 10 minit. KEmudian bilas dengan air bersih. Amalkan 2 hingga 3 kali seminggu.

Langsingkan badan.
Ambil secawan atau segelas susu suam. Campurkan dengan dua hingga tiga sudu perahan limau nipis / oren dan masukkan satu sudu made. Kacau dan minum dua gelas sehari pada waktu pagi dan malam selepas makan.

Hilangkan bintik hitam.
Ubat gigi adalah ubat paling mujarab untuk menghentyikan bintik-bintik hitam. Sapukan pada kawasan bintik berkenaan. Lakukan sebelum masuk tidur.

Licinkan kulit wajah.
Ambil putih telur dan campurkan dengan sedikit madu (untuk kulit biasa) limau nipis (untuk kulit berminyak). Celupkan tisu kedalam putih telur dan letakkan di seluruh muka selama 15 hingga 20 minit. TUnggu sehingga kering dan tarik tisu tersebut. "Whitehead" dan bintik hitam akan tertanggal bersama. Lakukan 2 kali seminggu.

Pudarkan parut jerawat.
Ambil sebiji kelapa yang tidak terlalu tua. Ambil air kelapa dan parut isinya sebanyak dua pertiga gengam. Sapukan air kelapa pada seluruh muka sebanyak beberapa kali. Kemudian, sapukan kelapa parut pada kepala dan rambut. Biarkan air kelapa kering. Bilas muka dengan air suam.

Khasiat daun senduduk.

Rebus segengam daun senduduk dengan sedikit gula, halia dan bonglai. Air rebusan boleh diminum untuk merawat lendir pekat, penyakit keputihan dan masalah buasir.

Petua Bibir Merah
Tumbuk seketul halia hingga hancur. PErah airnya, campur kuning telur ayam kampong dan makan setiap pagi dan malam.


-Koleksi dari Majalah Wanita-