Wednesday, January 14, 2009

Pucuk Jambu Rawat Cirit Birit

Pucuk Jambu Rawat Cirit Birit.

Bagi mengatasi masalah cirit birit secara tiba-tiba, rendamkan daun pucuk jambu batu ke dalam air panas bersama sedikit garam untuk membersihkan kotoran pada daun tersebut.

Setelah pucuk jambu itu layu, bolehlah di makan. Insya-Allah, perut tidak sakit lagi dan usus dapat berfungsi dengan baik.

Selain dari itu, anda juga boleh mengamalkan meminum teh pekat tanpa gula. Jika cirit-birit anda berterusan, anda dinasihatkan segera berjumpa doktor.


LEGAKAN SAKIT KEPALA

Untuk menghilangkan sakit kepala, ambil tiga atau empat keping asam gelugur atau asam keping dan rendamkan didalam air suam. Biarkan selama semalaman. Minum air tersebut pada keesokkan harinya.

SEMBUHKAN LUKA SELEPAS BERSALIN.

Bagi wanita yang lepas bersalin dan inginkan luka anda cepat sembuh, sil amalkan petuaberikut. Ambil beberapa helai daun jambu batu dan 2 keping asam gelugur atau asam keping. Kemudian rebus sehingga mendidih. Biarkan seketika sehingga air rebusan tadi menjadi suam. Cuci bahagian luka menggunakan air tersebut.

MENGHILANGKAN LEMAK.

Jadikan air asam jawa sebagai minuman harian anda untuk menghilangkan lemak. AMbil sebuku asam jawa dan ramas dengan segelas air. MAsukkan air asam tadi kedalam peti sejuk.
Minum air tersebut selepas makan tengah hari atau makan malam, dan amalkannya setiap hari.

Thursday, December 4, 2008

PENAWAR SAKIT KEPALA

PENAWAR SAKIT KEPALA
Ambil enam hingga tujuh batang sawi. Bersihkan satu persatu dan kemudian tumbuk dengan sedikit garam hingga lumat. Lumurkan di atas dahi selama 15 hingga 20 minit.

HILANGKAN PARUT DI MUKA
Ambil beberapa tongkol jagung muda dan ditumbuk lumat. Lumur keseluruh mukla yang berparut atau calar. Biarkan kering dan cuci dengan air bersih.

KUBIS SEBAGAI PELEMBAP MUKA.
Tumbuk lumat beberapa kelopak kubis, dapatkan perahan airnya dan tambahkan dengan sesudu madu lebah. Sapukan pada kulit muka untuk menjadikannya bertambah segar. Biarkan kering dan bilas dengan air.

TIPS MEMANJANGKAN USIA PETI SEJUK.


Tips ini mungkin dapat membantu memanjangkan lagi usia peti sejuk di rumah anda.


  • Elakkan peti sejuk daripada berdekatan barangan panas seperti dapur, ketuhar dan sinar terus matahari. Kepanasan dari luar akan mempengaruhi daya kerja mesin peti sejuk berkenaan.

  • Isi sesebuah peti sejuk janganlah berlebihan kerana ini akan memyebabkan penggunaan elektrik yang banyak dan memungkinkah peti sejuk cepat rosak.

  • JANGAN masukkan makanan atau minuman yang masih panas kedalam peti sejuk.

  • Pastikan pintu sentiasa tertutup rapat. Ini untuk membolehkan peti sejuk mengekalkan kelembapan dan suhu.

  • Pastikan suhu yang betul. Lebih sejuk suhu, semakin banyak tenaga elektrik yang digunakan. Gunakan suhu minimun jika kurang barang yang disimpan.

KHASIAT DARI LIMAU NIPIS




Limau nipis (nama botani: Citrus Aurantifolia) adalah buah yang penuh dengan khasiat semulajadi. Selain dari enak jika dibuat miuman, limau nipis juga bagus untuk mengekalkan kelansingan badan dan kesihatan kulit.




UNTUK MEMUTIHKAN DAN MENGHALUSKAN KULIT.
Ambil isi limau nipis dan campurkan dengan bedak sejuk. Lumur di bahagian wajah selama 30 minit.

MENGECILKAN PORI-PORI DAN MENGHILANGKAN LEBIHAN LEMAK PADA WAJAH.
Ambil isi limau nipis, dan lumurkan pada kulit muka, terutama disekitar hidung dan pipi yang pori-porinya kelihatan besar.

MENGHILANGKAN KELEMUMUR.
Sebelum bersyampu, gosokkan potongan limau nipis pada bahagian yang berkelemumur. Biarkan selama 20 minit, setelah itu barulah cuci rambut. Lakukan 3-4 kali untuk melihat kesannya.

INGIN KELIHATAN RAMPING.
Amalkan meminum perahan air limau nipis dengan campuran air dan sedikit gula pada setiap pagi, petang dan sebelum tidur.

MEMBERSIHKAN KUKU DAN JARI.
Hirisan limau atau perahan airnya di gosokkan pada bahagian kuku, atau bahagian lain yang ada kotoran, sebelum dicuci dengan sabun biasa.

Tuesday, December 2, 2008

MASALAH BAU BADAN


MASALAH BAU BADAN
Tawas dapat membantu mengeluarkan bau badan yang keterlaluan. Selepas mandi, ambil seketul tawas. Sapukan air ke tangan dan sapukan tangan ke permukaan tawas. Selepas itu gosokkan tangan ke seluruh badan. Elakkan menyapu tawas terus ke badan kerana permukaan tawas yang tidak licin. Ini boleh mengakibatkan luka.

TANDA HITAM PADA SIKU DAN LUTUT.

Sediakan beberapa helai daun sirih, letakkan sedikit kapur dan minyak zaitun pada daun tersebut. Gosokkan pada siku dan lutut selama beberapa minit. Amalkan setiap hari.


RAMBUT PANJANG DAN BERMAYA

Potong serai halus-halus dan masukkan ke dalam periuk berisi air dan didihkan di atas api yang kecil. Setelah mendidih biarkan sejuk. Kemudian basuh rambut dengan air tersebut.


HILANGKAN KARAT GIGI




HILANGKAN KARAT GIGI
Merokok boleh menyebabkan karat pada gigi. Cara menghilangkan karat gigi ialah dengan mengambil asam jawa kemudian goreng tanpa minyak lalu di tumbuk halus. Ambil serbuknya dan gosokkan pada gig dengan kain atau berus gigi.

LOBAK MENGHILANGKAN KEDUT.
Ambil sebatang lobak merah, bersihkan dan parut. Campurkan sebiji kuning telur dan sesudu besar tepung jagung. Bahan-bahan ini dikacau hingga sebati. Setelah itu, lumurkan pada kulit muda. Lakukan sekali sehari pada waktu malam. Sebelum tidur, cucilah muka dengan air suam.

JINTAN MANIS HAPUSKAN LEMAK.
Ambil sedikit jintan manis, direbus bersama 3 cawan air. Kemudian minum air rebusan ini setiap hari.

PISANG MELANGSINGKAN BADAN.
Bagi anda yang ingin melansingkan badan, amalkan makan sebiji pisang pada wal pagi. Ianya akan mengatur keseimbangan badan, menghilangkan lesu dan baik untuk ibu hamil.

MERAWAT JERAGAT
Ambil beberapa hirisan kulit tembikai dan sapukan pada bahagian muka yang berjeragat. Lakukan setiap hari selama 5 minit.

PETUA KECANTIKAN

MENGHILANGKAN PARUT
Gunakan lendir lidah buaya dan sapukan pada parut sama ada di muka atau di tangan. Sebaik-baiknya sapu selepas mandi. Lakukan selalu, lama-kelamaan parut akan hilang dan kulit akan menjadi lebih licin.

AGAR MATA LEBIH BERSINAR
Masukkan air ke dalam mata pada setiap kali mandi, agar segala kekotoran dapat dikeluarkan.

UBAT SELSEMA
Selepas mandi atau mengambil air sembahyang, selawat tiga kali dan raup air di muka bermula dari bawah dagu, dibawa ke atas hingga ke leher. Tepuk belakang leher sebanyak tiga kali. Insya-Allah akan sembuh.

KULIT KAKI LEBIH PUTIH.
Ambil hampas kelapa yang telah digunakan, campurkan dengan garam kasar. Setelah itu gosokkan di bahagian kaki lebih kurang 3 minit, barulah di cuci. Lakukan 3 kali sehari. Anda akan dapat lihat hasilnya dalam 3-4 hari.